Bila menjelang bulan Ramadhan ni mesti para wanita terutamanya mula kelam-kabut teringat hendak menggantikan puasa yang tertinggal. Kebanyakannya tinggal puasa akibat datang bulan, mengandung, bersalin atau sakit yang memudaratkan bila berpuasa.
Yang paling terasa adalah golongan wanita yang tahun sebelumnya bersalin pada puasa ataupun mengandung. Bayangkan mereka ini perlu menggantikan sebulan puasa pada bulan-bulan biasa sepanjang tahun. Pasti banyak dugaannya. kadangkala drag sampai tak habis-habis walaupun kita ada 11 bulan untuk menggantikannya. Biasalah manusia kan mudah lupa mudah digoda. Hah, maka kena la hadap dan sangat gigih menggantikan puasa.
Ya, sebenarnya ketika berpuasa di bulan selain Ramadhan memang banyak dugaannya, nak ponteng pun senang. Tapi di sinilah cabarannya nak bahagikan masa menggantikan puasa sepanjang tahun. Kadangkala ada pula yang memilih menggantikan puasa di ujung-hujung bulan Syabaan. Maka cara ini sangat bahaya kerana silap-silap anda tidak sempat pun menggantikan puasa dan anda wajib membayar denda (fidyah) pula.

Ha, malam ni jom mari cuba chcek adakah anda antara orang yang belum menggantikan puasa? Kita cuma tinggal 16 hari sahaja lagi untuk menggantikannya. Jangan tangguh-tangguh.
Selesaikan dulu hutang sebelum Ramadhan tiba
Ya. Adalah jatuh wajib bagi hutang puasa tahun lepas digantikan sebelum masuk ke Ramadhan yang baru ye. Ini kerana puasa adalah Rukun Islam yang ketiga. Kewajipan mengganti hutang puasa ini amat utama sehinggakan sesetengah ulama berpendapat ianya ianya lebih utama berbanding puasa Sunat Syawal yang sering direbut ganjarannya.
Ha, hujung minggu ini jika masih ada baki hutang puasa jom kita cuba gantikan. Bacalah niat puasa ganti ini:
Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut:

Jom semak jika anda sudah selesaikan hutang ini. Jika belum bersedialah mengetahui bayaran denda atau lebih dikenali sebagai fidyah. Nanti bolehlah buat bacaan dan carian mengenai cara bayaran fidyah ya. Anda boleh baca details tips di sini http://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/
Selamat Berpuasa.
Leave a Reply