Pelik kan? Tapi ini kebenaran. Jenama Starbucks ni sebenarnya terlalu nostalgis untuk Aneen. Hanya Allah yang tahu betapa Starbucks ni telah mencorak banyak kehidupanku sejak tahun 2006 lagi ( saya akan cerita di entri yang lain nanti, tunggu yer sambungannya nanti)
Pada Aneen botol @ thumbler Starbucks ni satu simbol kepuasan dan achievement buat diri ini. Ya, ramai dah rasa dan expresskan riak muka “seriuosly?.. beli botol ni?”…. Dan memang biasa dah, kena gelak dan orang pandang sinis je bila Aneen beriya nak beli bende alah ni.
Kali pertama kena gelak ialah dekat Singapore Airport 2011 masa tu dapat join trip kompeni lama, Jobstreet.com. Dari pandangan mata kawan-kawan masa tu mereka rasa Aneen ni macam jakun yakmat.
Masih fresh lagi kene gelak kaw-kaw sebab jakun nak beli air starbucks satu, dan lepas tu siap beli botol @ thumbler startbucks ni. Aneen kene gelak, tapi ah pedulikan yang penting aku puas.
Tambahan pulakali pertama beli starbucks di Singapore harga Caramel Machiato dia cuma SGD3.45 Aneen masih ingat lagi. Mesti la jakun kan? Bila terbelek-belek bahagian souvenir kat Starbucks, Aneen excited sebab botol thumbler ini pula cuma 10 SGD sahaja. Bangga sangat masa itu walaupun bila di convert ke MYR mahal. Pada Aneen bangga dapat pegang botol ni dan bawak ke Malaysia, nampak lah yang ku pernah jejak ke Singapore tak gitew?
Tapi kenapa best sangat botol ni?
Sebenarnya kalau anda ada botol thumbler ini bila kita bawa ke starbucks membeli air dan anda memilih untuk letak terus ke dalam botol ini anda akan dapat diskaun. Itu fungsi luaran dia lah. Tapi pada Aneen ada kesan dalaman. Haa begitu special kan botol ni?
Kesan dalaman botol ni jugalah yang telah membawa Aneen Alhamdullillah dari Singapore terus ke Starbucks Dubai 2018. Dan Alhamdullillah baru-baru ni jejak jua diri ini ke Starbucks Paris dan Amsterdam. Cuma starbucks Brussels tak sempat pergi. Boleh dikatakan magnet rezeki lah kan hobi kumpul botol Aneen ni kan? Kira ada lah sedikit effect dia kat Aneen walaupun jarang kot di buat orang. Entah😅
Ya. Bagi Aneen kumpul dan dapat mampu beli botol ni Aneen anggap ia satu challenge yang Aneen kene buat sampai jadi. Biar hobi pelik dan kena gelak ni jadi magnet rezeki. Cuma yang Aneen boleh share di sini setiap kali pergi ke negara yang Aneen singgah nak beli botol Starbucks ni, mesti ada yang tak puas hati haha. Ada je drama sikit untuk dapatkan botol ni.
Masa kat Amsterdam paling scary sekali. Nasib baik tak hilang kawan kerana demi sebotol Starbucks ni Aneen kene gigih berlari-lari supaya tak kena tinggal bas dan kawan sejati. Aduh bila di ingatkan memang funny. Orang yang sama memang kepelikan bila last day pulak di Airport Paris sempat lagi ku beli benda alah ni lagi 😅. Haha. Terima kasih kepada beliau meredhoi hobi ku ini.
Harini, teringat bila lalu depan pintu rumah tadi terus rasa kene share pasal botol Starbucks ni.
Kini, Aneen sedang meneruskan misi untuk beli Starbucks Korea pulak nanti hasil usaha sendiri dan Insha Allah dari Taiwan pula untuk baki tahun 2019. Ni la pembakar semnagat ku iniZ Harap-harap okeh kerana saya dah menulis entri, tiadalah kawan-kawan yang ikut gelakkan Aneen lagi.
Cetusan ikhlas hati. Selamat Malam semoga mimpi jadi realiti.
Leave a Reply