
Pada Ogos 2019 yang lalu kami di bawa ke sesi Team Building nun jauh sampai ke Raub Pahang. Dalam 2 hari kami di kem tersebut betul-betul kami enjoy melakukan aktiviti lasak termasuk di bawa terjun ke dalam jeram air yang sangat-sangat laju untuk membina keyakinan diri.
Tetapi dalam banyak2-banyak aktiviti kami ketika itu, aktiviti adventure menaiki kenderaan pacuan empat roda (4×4 Wheel Drive) untuk ke Lata Berembun adalah pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan.
Terletak di kawasan Gunung Benom, oleh kerana kawasan Lata Berembun ini kawasan reserve terpelihara, hanya dengan guide dan menaiki kenderaan 4×4 sahaja boleh naik sehingga ke kawasan air terjun Lata Berembun.

Kami orang bandar memang amat teruja. 4×4 yang kaki naiki jenama Jeep ini memang power gila boleh panjat naik sampai ke atas untuk sampai ke lokasi Air Terjun Lata Berembun.

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit kami melalui dusun durian. Teruja betul kami melihat pokok durian terutama sekali pokok Durian Musang King yang rendang, tambah adventorous perjalaan melalui 100% jalan tanah merah berbukit, berliku dan berlubang-lubang.
Mula-mula naik sebelum off-road memang macam menaiki Jeep atau kenderaan Pajero sahaja, tetapi sampai je kami ke kawasan bukit-bukit curam dan bersimpang siur, perjalanan nak naik ke atas jadi semakin mencabar. Memang best gila team builidng sebegini sebab rama-ramai satu pasukan lelaki ke wanita terjerit-jerit sambil gelak-gelak takut. Haha tak dapat nak gambarkan reaksi masing-masing kerana bercampur ketakutan terbabas. Ini kerana kenderaan 4×4 ini di bawa laju tetapi sambil meredah lubang & jalan yang berliku sempit dan berlopak-lopak tadi. Memamg nerve breaking habis.



Terhuyung-hayang kami sambil terjerit-jerit dan berlaga-laga antara satu sama lain. Lagipun kenderaan 4×4 yang kami naiki itu pun ngam-ngam sahaja muatannya. Mungkin supaya senang naik ke atas. Ha bumpy-bumpy terlompat-lompat kami didalam jeep dek hentakan dari kiri, kanan hadapan disebabkan keadaan jalan yang memang tidak rata langsung.
Gamble dan Redho nyawa di tangan Driver 4×4
Tips saya anda kena berselawat dan berzikir banyak-banyak. Memang scary sangat naik 4×4 atas jalan yang tanahnya berlumpur kerana musim hujan. Memang agak licin dan sangat menakutkan. Di ibaratkan kami ni macam gamble nyawa redho je apa terjadi sehingga lah sampai ke atas. Susah nak terangkan perasaan nya tetapi tenaga yang digunaka ln untuk menjerit dan menahan dari jatuh kenderaan tu saya boleh kata lagi scary dari naik roller coaster.
Selepas berhempas pulas lebih kurang sejam dan dengan kepakaran driver 4×4 pun sampai ke kawasan Air Terjun Lata Berembun ini. SubhanAllah airnya sangat bersih, cantik dan airnya terasa snagat fresh dan luar biasa sejuk. Terus rasa sangat-sangat berbaloi menghadapi dugaan naik ke atas tadi. Hilang terus takut. Terus teruja nak lompat dan berendam. Bunyi deruan air terjun dan ketenangan di sini memanggil kami untuk segera masuk ke dalam air

Tapi hati-hati dan beringat ya semua. Air Terjun Lata Berembun ini sangat dalam airnya. Di nasihatkan anda mandi dengan memakai jaket keselamatan walaupun anda pandai berenang. Guide yang bawa kami kata jangan sekali-sekala rasa kita hebat dan boleh berenang kerana ke dalaman air terjun ini tidak boleh diduga.
Air Terjun Lata Berembun Sejuk dan Segar
Celup je kaki ke dalam air terus terkejut. Sebab airnya sangat-sangat sejuk. Anda kena prepare tahan sejuk mandi air terjun di sini. Mula-mula memaang sejuk, bila anda dah berendam dah ok sikit. Bila keluar dari air sejuk balik. Tetapi oleh kerana dah pakai life jacket tadi kan kebarangkalian anda tak nak naik dan nak terus main air itu tinggi. Sebab tu seronok kalau datang berkumpulan (team building). Bila ramai anda akan lebih teruja berenang dan enjoy sambil menghirup udara segar. Kami lepak menghayati keindahan air terjun Lata Berembun ini lebih kurang sejam.
Pada saya, saya berikan 5 bintang untuk ketenangan, udara sekeliling Lata Berembun ini. Dan oleh kerana hanya dengan bantuan Guide sahaja anda boleh naik ke atas, maka kawasan air terjun ini sangat-sangat bersih dan terpelihara. Bukan semua orang boleh naik sesuka hati. Kenangan yang tak dapat dilupakan juga fasilitator kami ketika itu sangat baik hati. Siap bawa kuali, dan mereka gorengkan cucur bawang untuk kami. Makan cucur panas selepas lapar berenang, maka memang bertambah sedap rasa cucur bawang itu. Anda boleh la plan untuk next trip ke sini ya. Mereka ada menyediakan pakej sekali dengan khidmat 4×4.
Jadi jika anda nak merasa adventure yang seperti dalam televisyen tu tak perlu pergi jauh. Ajak sahaja rakan taulan buat team building beraktiviti ke sini. Mesti gempak!
Leave a Reply