• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Azneen Yahya

  • Home
  • Hai awak, saya Azneen Yahya
  • Arkib Artikel

Siapa tak kenal boba atau bubble tea?

4 January 2020 by azneen Leave a Comment

Boba atau dikenali sebagai Bubble Tea adalah sejenis minuman teh ais ala moden yang popular sejak kebelakangan ini. Teh ais zaman ini mengandungi jeli bulat-bulat yang didalamnya, jeli diperbuat daripada tepung ubi kayu. Rasanya kenyal dan manis-manis.

Fenomena minuman boba ini viral sehinggakan jenama terkenal seperti Starbucks juga sudah mengeluarkan minuman kopi dengan biji boba! Hebat kan kesan viral air boba Ini?

Selain itu bukan sahaja makanan, kini paling popular dan masing-masing tidak sabar untuk memiliki ialah sebiji telefon pintar boba. Apa pula telefon boba ini?

Rupanya ‘boba phone‘ ini adalah telefon pintar jenama Iphone, siri Iphone 11 Max Pro. Semua Gen Z terutama remaja teruja dan sanggup berhabis duit demi sebuah telefon boba yang harganya mencecah ribuan ringgit (RM6500-6990). Memiliki sebuah telefon boba adalah satu imej trending dan up-to-date. Sebut sahaja gadget boba, semua mata pasti terbuka luas. Tapi kenapa digelar boba phone? Sebenarnya nama glamer ini sudah lekat di bibir peminat boba khas pada siri Iphone 11 dan 11 Pro Max kerana telefon ini mempunyai 3 biji kamera belakang telefon dan saiz mata kamera tersebut pula rupanya seakan-akan biji boba.

  • Imej dari : google

Apa yang menarik perhatian peminat telefon boba ni ialah, jika anda ada telefon sepintar boba phone dan anda minum sedang minum air boba, video atau gambar yang anda rakam pastinya akan kelihatan sangat menarik dan mengujakan. Biji boba yang terapung di atas air teh ais yang sejuk, ditambah dengan efek sekali titisan berpeluh sejuk pada gelas (kondensasi) memang kelihatan seksi di dalam gambar. Inilah tarikannya.

Dan apabila bergambar pula dengan ketajaman focus 3 kamera dari Iphone 11 Pro Max ini, sudah pasti semua imej yang diambil di restoran yang menawarkan minuman boba ini kelihatan sangat trendy dan ada ‘style’. Hebat kan populariti boba ini?

Jadi lain kali kalau orang kata “beli la boba”, mungkin dia bermaksud belilah telefon baru bukan air teh boba.

Saya kongsikan beberapa jenama bubble tea @ boba tea yang amat popular kerana kualiti rasanya

  1. FamilyMart – Brown Sugar Bubble Milk
  2. TeaLive – ini jenama yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kini boleh didapati dikebanyakan kedai minyak.
  3. Xing Fu Tang
  4. Tiger Sugar
  5. The Alley
  6. Chatime
  7. Koi The
  8. Black Whale

Dan banyak lagi.. malah ada yang menulis senarai 100 jenama buble tea di Malaysia https://www.bubbleteamalaysia.com

Wah, dasyat kan?! Inilah fenomena yang hebat sehingga boleh dibuat suatu perniagaan yang menguntungkan.

Nasihat saya boleh minum air ini tetapi dalam kadar yang sederhana banyak kerana boleh menyebabkan kencing manis jika tidak beringat.


Artikel menarik untuk anda:

Nak jadi pengurus atau pemimpin? Khatam dulu seni menjual.

Nak jadi pengurus atau pemimpin? Khatam dulu seni menjual.

Melalui pemerhatian sendiri bekerja dalam pelbagai bidang sejak…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Bayi tahun 1980 akan cecah umur 40 pada tahun 2020
Next Post: Neelofa, tinggalkan MeleTOP di Astro »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA
  • Database jantung & nadi bisnes anda
  • Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
  • Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
  • Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Recent Comments

  • azneen on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • Alpetito on 5 Idea Best ‘Reward’ Diri
  • Alpetito on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.

Archives

  • September 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Azneen Yahya on the Foodie Pro Theme