2 hari saya stuck menulis kerana kesibukan kerja dan settlekan urusan keluarga. Kalau tahu dek cikgu blog saya mesti dia kata ini semua alasan. Haha. Sama juga dengan tajuk penulisan saya ni.
Pernah dengar orang nak kurus? Orang nak gaya hidup sihat? Nak cantik macam artis? Haha. Saya la antara orangnya. Namun oleh kerana tak cukup kuat nak buat sampai jadi. Kadangkala terkubur asyik tak jadi.
Kini rasanya ada dekat 2 tahun saya kata saya nak amalkan hidup sihat, saya nak exercise, saya nak kurus, saya nak itu saya nak ini. Dan setiap kali gagal saya mesti ada sahaja keluar alasan, terutama sekali salahkan persekitaran. Anda pernah begini? Salahkan kawan-kawan selalu ajak makan, meeting sini sana tak sempat nak diet. Balik rumah lambat, balik kerja tak sempat.
Tamparan hebat akan buat kita buat!
Ya! Kalau anda masih belum start senaman dan gaya hidup sihat anda perlukan satu tamparan hebat. Apa sahaja yang buat anda trigger, atau turning point. Saya menulis topik ini kerana semalam saya dapat satu tamparan hebat. Saya anggap kalini turning point. Kawan saya yang dahulunya berat 75-78 kilogram kini beliau 55kg. Sekarang beliau kelihatan sangat slim, sihat dan cergas. Muka pun nampak berseri-seri, nampak lebih muda dari usia.
Dan melihat beliau boleh lakukan dan beliau buat tanpa alasan saya terus rasa saya juga boleh buat. Kalini sebab beliau adalah besties saya, jadi saya tak mahu ketinggalan. Dan memandangkan dah tulis disini, official kan? Jadi saya betul-betul kena buat. Dahulu kawan saya tu dia yang belajar dari saya macam mana nak kurus dan maintain slim dan sihat. Saya memang tahu semua tips yang ada tetapi buatnya tak sampai-sampai seru sahaja. Oleh kerana beliau telah berjaya, saya nak ikut juga.

Selain disebabkan turning point atau tamparan hebat dari kawan tadi, sebenarnya setiap malam saya mendengar video di youtube mengenai kejayaan dan motivasi kerja, dan selalu saya mendengar di dalam video ini, banyak tips tentang antara perkara rutin utama orang yang berjaya mereka bersenam dan amalkan gaya yang hidup sihat. Ini kerana badan kita serta apa sahaj yang ada pada kita adalah aset utama bisnes. Seperti nasihat sifu bak berjaya kena membaca, nak berjaya juga kena bersenam. Orang-orang kaya berjaya di dunia ini mereka semua ada rutin senaman. Jadi saya wajib kalini usahakan push diri sampah jadi. Pasti akan start nampak perubahan.
Rutin Minum Air 3-4L sehari dan Senaman Konsisten
Gaya hidup sihat melibatkan banyak perkara seperti menjaga pemakanan, jaga kesihatan, jaga tidur dan jaga work life balance kita.
Jadi malam ni sebelum tidur ni saya nekad, mulai esok 20 Januari 2020, saya nak mulakan dengan 3 rutin baru. Nak berubah kena start step by step kan?
- Minum air lebih 8 gelas sehari bersamaan dengan 3.5-4 L sehari tanpa gagal. Saya akan set alarm dan rekodkan 💪💪
- Menjaga Kalori makanan tidak lebih 1200 kalori sehari. Paling penting makan mesti on time 3 kali sehari, dan tidak mengambil makanan berat selepas jam 7 malam. Saya kena janji 💪💪
- Senaman – Kalini tepat jam 5 petang wajib pulang dari tempat kerja dan bersenam! Saya akan mulakan dengan berjalan di taman sebelum pulang mengambil anak sekolah jam 6 petang. Di waktu malam pula untuk ketenangan minda 3 kali seminggu saya akan pergi berenang dan jakuzi.
Rutin ini kalau buat sungguh-sungguh pasti membuahkan hasil kan? Jom! Anda juga boleh lakukan. Kita mula bersama-sama.
Leave a Reply