• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Azneen Yahya

  • Home
  • Hai awak, saya Azneen Yahya
  • Arkib Artikel

Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas

27 April 2020 by azneen Leave a Comment

Salam Ramadhan ke-4 dan Salam #dudukrumah hari ke 41 sejak 18 Mac 2020.

Ramadhan yang amat berbeza kalini menuntut pengorbanan isteri, anak dara atau even teruna diluar sana untuk mencuba pelbagai resipi juadah berbuka. Al-maklumlah Bazaar Ramadhan semuanya di tutup. Jadi kalau teringin manisan untuk berbuka wajib kena buat sendiri dan kena godek-godek resipi.

Antara juadah yang ramai orang mencuba sejak kebelakangan ini ialah Puding Caramel atau Puding Telur Gula Hangus. Ada buat menjadi ada yang sedih tak jadi. Jangan kecewa sis, memasak ni bukan magik. Perlukan latihan. Hehe.

Sebenarnya ada banyak cara dan resipi tetapi bagi saya yang dah buat puding ini berkali-kali resipi yang diturunkan dari ibu saya sendiri ni adalah resipi yang confirm menjadi. Insha Allah.

Hasilnya nanti elok je tak terlebih manis, serta pudingnya lembut bila dimakan, tak senang pecah kerana cukup bahagian telur susu dan air dalam resipi ini.

Puding Caramel resipi ibu yang tak pernah mengecewakan

Ok mari kita mulakan. Sedikit tips, jika anda ada plan nak buat puding ini dan nak simpan untuk di ulang makan kemudian, saya cadangkan buat di dalam bekas-bekas kecil. Dapat banyak dan boleh simpan dalam peti ais.

Teringat zaman muda bujang dulu, saya buat puding caramel ini dan jadikan ia sebagai bisnes kecil-kecilan di hujung minggu. Dapatlah jual sebekas RM2.00 untung dalam RM1.00 sebekas. Nostalgia sungguh resipi ini. Jadi saya kongsikan agar anda boleh juga membuat puding caramel yang menjadi kali ini.

Bekas kecil untuk puding Caramel ini memudahkan bila nak di hidang, gula hangusnya juga secukup rasa.

Resipi Puding Caramel – Puding Gula Hangus

Untuk lapisan Caramel (Gula Hangus)
6-8 sudu besar gula

Untuk Puding
1 tin susu pekat (yg size standar buat teh tarik 500g size tu)
10 biji telur size A
1 tin air (sukat je guna tin susu yg sama)

Langkah Pertama: Siapkan base Caramel

Mula2 cairkan gula dalam loyang/periuk atas api sederhana kecil. Masak sampai gula itu cair dan berwarna kekuningan. Kemudian apabila gula dah cair, goyang2 loyang tu biar gula hangus itu rata. Kalau guna periuk tuang dlm bekas2 kaca yg tahan panas.. Sejukkan gula hangus, ia akan mengeras.

Langkah Kedua : Siapkan Adunan Puding

  1. Pukul 10 biji telur cukup sekadar sebati tak perlu sampai kembang. Boleh gunakan pemukul telur/whisk tangan. Pastikan anda tidak memukul telur sehingga berbuih. Setelah itu masukkan esen vanilla dan 1 tin susu pekat. Sekali lagi pukul rata hingga sebati tak perlu di pukul sampai kembang. Setelah semua susu dari tin di keluarkan, gunakan tin yg sama dan sukat 1 tin air kemudian terus ditambah kepada adunan tadi. Pukul sekali lagi sehingga rata.
  • 4 bahan sahaja. Telur, Susu Pekat, Air dan Esen Vanila

2. Jika anda terlebih memukul adunan atau nampak berbuih. Ambil senduk just tolak-tolak buih bubble2 tersebut. Akhir sekali itu tuangkan adunan puding ke atas gula perang yang dah sejuk dan beku tadi. Kukus sampai masak dalam 30-45 minit..

Sejukkan Puding Sebelum Di Hidangkan

3. Setelah masak biarkan sejuk didalam peti ais kemudian barulah anda terbalikkan diatas pinggan..gula hangus yang berada di bawah akan meleleh di atas puding yang sudah sejuk itu. Sedia untuk di makan.

Cuba jangan tak cuba ya. Semoga resipi ini bakal buat anda gembira.



    Artikel menarik untuk anda:

    Resipi Butter Cake ala mak-mak. Gebu dan sedap

    Resipi Butter Cake ala mak-mak. Gebu dan sedap

    Harini saya teringat dan rasa rindu pula pada Kek Butter @ Butter Cake yang di buat sendiri di rumah. Dan memang susah…... Baca selanjutnya »

    Halaman Applikasi Kuiz yang Menyeronokkan di Facebook

    Halaman Applikasi Kuiz yang Menyeronokkan di Facebook

    Anda pernah bermain kuiz di facebook? Jika belum pernah hujung minggu sebegini boleh cuba. Halaman Applikasi Kuiz di…... Baca selanjutnya »

    Filed Under: Umum Tagged With: Bazaar Ramadhan, juadah ramadhan, puding caramel, puding telur, puding telur gula hangus, resipi pkp, resipi ramadhan

    Previous Post: « Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
    Next Post: Database jantung & nadi bisnes anda »

    Reader Interactions

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badgeShow more posts

    Primary Sidebar

    Recent Posts

    • 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA
    • Database jantung & nadi bisnes anda
    • Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
    • Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
    • Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

    Recent Comments

    • azneen on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
    • Alpetito on 5 Idea Best ‘Reward’ Diri
    • Alpetito on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
    • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.
    • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.

    Archives

    • September 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • February 2020
    • January 2020
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019

    Categories

    • Travel
    • Umum

    Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org

    Copyright © 2021 Azneen Yahya on the Foodie Pro Theme