• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Azneen Yahya

  • Home
  • Hai awak, saya Azneen Yahya
  • Arkib Artikel

Resipi Butter Cake ala mak-mak. Gebu dan sedap

9 January 2020 by azneen Leave a Comment

Harini saya teringat dan rasa rindu pula pada Kek Butter @ Butter Cake yang di buat sendiri di rumah. Dan memang susah juga nak dapat peniaga kek yang buat pure Butter Cake yang sedap kerana kebanyakkannya memasak dalam kuantiti yang banyak, so rasa dia mungkin tak seperti yang kita imagine. Kalau ada pun kena cari dan try and error dulu baker mana yang -betul expert dan rasa dia kena dengan tekak kita.

Buttercake hasil resipi try and error beberapa kali. Perfected gebu gebas!

Ini kerana mengikut pengalaman saya sendiri, buttercake yang sedap dan moist ni manja dan anda kena pastikan jenis butter, jenis tepung, cara membuat adunan, berat bahan-bahan, suhu oven memasak dan bekas adunan kek semuanya di ambil kira.

Anda bertuah kerana resipi yang saya kongsi ini telah di -perfectedkan oleh saya sendiri. Saya berniaga kek selama 3 tahun sebelum kerjaya sekarang. Anda boleh lihat hasil kerja dan testimoni perniagaan kek saya di Facebook https://m.facebook.com/bakebuttercakes/ atau Instagram @bakebuttercake. Kiranya saya bolehla anggap sendiri yang saya expert bab buat buttercake ini kerana telah membuat lebih dari 300 kek selama saya menjual itu, dari tahun 2015 hingga 2017.

Jadi saya wajib share di sini agar anda yang membaca bakal mencuba pula resipi ini. Semoga ini menjadi the best recipe ever. Saya ikhlas share cara-cara memasak buttercake yang confirm jadi dan sedap serta wangi ini.

Tetapi ingat tau, anda kena ikut sebijik-sebijik resipi dan jenama bahan-bahan yang saya gunakan ya. Sebab saya dah try error juga Memggunakan beberapa jenis butter, hanya butter dalam resipi ini yang betul- betul ngam. Kiranya resipi ini menggunakan premium produk agar kek anda menjadi dan gebu-gebas.

Sumber : #rasamalaysia gambar ini yang menggoda saya untuk cuba resipi ini sampai jadi.

Resipi sebenar ini saya jumpe di website Rasa Malaysiahttps://rasamalaysia.com/recipe-butter-cake/ tetapi saya telah olah cara memasak dan mengadun kek tersebut agar setiap kali anda buat Insha Allah menjadi.

Ok mari kita mulakan.

Pertama sekali anda kena beli bahan-bahan di kedai kek. Saya paling recommend membeli bahan kek di sini kerana semuanya ada. Kedai Kek seperti Bake With Yen yang banyak cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor atau jika anda berada di Kuala Kangsar kedai Kek Sri Manis ada semuanya. Saya pilih beli dorect di kedai kek kerana senang boleh beli semua bahan dalam satu kedai. Kalau anda tak jumpe kedai supplier bahan kek sebegini anda boleh dapatkan bahan-bahan yang saya share ni di pasar mini 99 Speedmart.

Bahan-bahan yang diperlukan. Anda take note jenama bahan-bahan tu ya. Ini yang akan hasilkan taste gebu dan moist pada kek anda berbanding jenama lain

Bahan-bahan resipi 1 adunan – dapat 2 bekas 8 inchi

  1. 225g Butter jenama Achor
  2. 200g Gula Castor
  3. 200g Tepung Kek jenama Bluekey
  4. 4 Biji Telur Gred A
  5. 60ml (6 sudu besar) susu Dutch Lady FullCream ( beli susu kotak saiz 200ml sudah mencukupi)
  6. Kepingan almond flakes sebagai hiasan atas kek
  7. 2 bekas Aliminium Foil Baking Pan size 7-8 Inch’s ( bentuk empat segi tepat)
  8. 1 sudu Esen Vanilla
Bekas Aluminium ini wajib beli untuk membakar kek dengan sempurna dan tidak berkecah atau perlu membasuh

Setelah mendapatkan semua bahan-bahan diatas anda sediakan oven dan panaskan pada suhu 190 darjah celcius.

Cara-cara memasak:

  1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga warna kuning butter seakan-akan bertukar sedikit putih (lebih kurang 10 minit) dan adunan menjadi gebu dan kembang.
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul setiap kali meletakkan telur jangan berhenti memukul adunan agar telur dan adunan mentega sebati.
  3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan 6 sudu susu (60 ml) ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan perlahan-lahan sehingga sebati. Ketika ini tidak perlu menggunakan pemutar.
  4. Setelah sebati adunan sedia untuk di bakar.
  5. Tuangkan adunan ke dalam 2 bekas aluminium tadi dan bakar selama 40 minit menggunakan api bawah sahaja. Elakkan menggunakan api atas kerana ini akan membuatka kek tidak naik.
  6. Hiaskan kepingan almond di atas kek agar kelihatan lebih menarik dan rasanya sedap bila kek sedia di makan.
  7. Hidangkan bersama teh atau kopi.
Ini hasil kek- 2 bekas aluminium cukup untuk seisi keluarga dan hilangkan mengidam. Bau kek dan butter nya selepas keluar oven memikat!

Selamat Mencuba and Enjoy!

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Umum

Previous Post: « Nak luka cepat sembuh, minumlah Vitamin C Redoxon
Next Post: Halaman Applikasi Kuiz yang Menyeronokkan di Facebook »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA
  • Database jantung & nadi bisnes anda
  • Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
  • Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
  • Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Recent Comments

  • azneen on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • Alpetito on 5 Idea Best ‘Reward’ Diri
  • Alpetito on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.

Archives

  • September 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Azneen Yahya on the Foodie Pro Theme