
Lama rasa tak menulis. Harini 1 Ramadhan 1441 Hijrah timbul keinsafan sedikit kerana Ramadhan kali ini sangat-sangat berbeza. Wajib saya coretkan kenangan di sini. Bulan Ramadhan kali ini tahun 2020, bakal di sambut dalam situasi wabak pandemic Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Saya agak pasti yang kita tidak pernah lalui situasi sebegini, sepengetahuan sayalah, sepanjang saya hidup 40 tahun di dunia ini. Saya tidak pasti jika dunia pernah mengalami dugaan besar serentak seluruh dunia macam Covid-19 ini.
Dan oleh kerana Virus Covid-19 ini amat mudah menular dan merebak, tahun ini, buat pertama kalinya Ramadhan di serata dunia juga mengalami “culture shock”. Keadaan penularan wabak ini menyebabkan tidak akan ada solat sunat Terawih beramai-ramai di masjid.
Ya seluruh dunia termasuklah di Tanah Suci Mekah. Sebak dan sedih menerima hakikat ini, namun kita terpaksa akur dugaan yang Allah turunkan. Pasti ada hikmah.
Seluruh dunia alami Ramadhan di dalam tempoh ‘Lockdown’, ‘Stay At Home’ demi menangani penyebaran wabak pandemic virus Coronavirus Covid-19. Untuk kita di Malaysia, hari ini genap 35 hari Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.
Dugaan Dari Allah agar kita Sabar,Sujud pada-Nya
Apa pun jua yang kita alami dalam situasi sekarang, bulan Ramadhan tetap tiba dan kita semua harus menempuhinya dengan lebih kesabaran dari keadaan biasa kita di bulan Ramadhan sebelum ini. Tentunya terlalu banyak perbezaan. Memang di ibaratkan 360 darjah perbezaan yang kita akan alami sepanjang bulan Ramadhan ini.
Tiada Bazaar Ramadhan, Tiada Majlis Berbuka Puasa.
Hari ini no.1 kita akan alami perasaan rindu dan pelik kerana pertama kali di bulan puasa tanpa nikmat rasa excited nak ke Bazaar Ramadhan. Bazaar ramadhan tidak akan dibuka, solat terawih berjemaah di masjid pun tidak ada, nak bertadarus ramai-ramai serta join usrah atau ceramah berkumpulan pun tiada.
Paling sedih, yang masih ada ibu bapa kita tidak boleh nak berjumpa makan bersama di kampung halaman ataupun buat majlis berbuka puasa bersama.
Ramadhan di musim Covid-19 dan PKP ni mungkin akan terasa semacam suram. Namun Kkta semua tiada pilihan kecuali kena kuat dan laluinya sama-sama.. Nak ceriakan Ramdhan ni kitalah yang kena mengimarahkan suasana Ramadhan ini. Sama-sama hand in hand agar semua tetap rasa seronok menjemput Ramadhan kalini.
Jadi jom, mungkin 13 tips ini boleh membantu kita focus pada Ramadhan dan tidak terlalu memikirkan betapa bezanya Ramadhan di dalam keadaan bersederhana ini.
12 Tips Ramadhan 2020

- Niatkan puasa sebulan, ajarkan dan ingatkan anak-anak apa itu puasa dan remind start esok mereka ada larangan ke peti ais dan dapur yang diperketatkan. Haa ini penting sebab dah sebulan mereka berulang ke situ. Dan beritahu mereka malam ni kita start Terawikh pertama dan sebelum tidur wajib niat puasa. Ingatkan esok semua kena bangun awal.
- Amalkan solat awal waktu. Ini amalan yang paling dicintai Allah. Berhenti segala aktiviti bila azan, doa banyak-banyak ketika azan dan terus solat.
- Amalkan solat sunat antara solat fardu. Tahajjud, Sunat Fajr, Dhuha, Solat Hajat, Rawatib, Tarawikh & Witir.
- Baca Al Quran : Mulakan satu hari membaca 1 surah pendek selepas solat. Kalau dah biasa mengaji, boleh aim 1 hari 1 juz Al-Quran.Lebih banyak lebih baik.
- Banyakkan Zikir dan Selawat sepanjang hari
- Lebihkan sedekah. Boleh dengan sedekah duit, makanan, pakaian, sharing tips, sharing doa atau zikir, share tenaga dan senyuman.
- Doa : banyakkan doa terutama sekali ketika sahur dan berbuka puasa. Berdoa juga sepanjang hari kerana setiap doa kita di dengari & dimakbulkan Allah, Insha Allah. Doa untuk ibu ayah kita yg hidup ataupun yag dah meninggalkan kita, serta doa untuk orang lain tanpa pengetahuannya.
- Sahur pada Akhir Waktu dan Berbuka pada Awal Waktu.
- Tidur di siang hari tetapi tapi cuma short power nap. Tidur yang afdal adalah sebelum zohor ya. Jangan pula terlajak tidur lama sangat. Kita focus banyakkan ibadah.
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas). - Sentiasa mencari redha dan pahala Allah. Dan carilah malam Lailtul Qadar pada 10 malam terakhir
- Jauhkan perkara yang melalaikan dari TV, Handphone, Muzik, Movie dan sebagainya yang mengurangkan pahala kita. Kira kita screen dulu la mana yang elok mana yang tidak. Bukanlah tak boleh bersosial langsung nanti murung pula.
- Jauhi maksiat seperti mengumpat, menipu atau apa sahaja yang menambahkan dosa kita ya.

Semoga sedikit tips dan amalan di atas di terima oleh Allah bila kita amalkan. Selamat menjalani ibadah Ramadhan Pertama Di musim pandemik, musim PKP ini.
Salam Ramadhan Al Mubarak. Ikhlas dari saya.
Leave a Reply