• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Azneen Yahya

  • Home
  • Hai awak, saya Azneen Yahya
  • Arkib Artikel

Nak luka cepat sembuh, minumlah Vitamin C Redoxon

8 January 2020 by azneen Leave a Comment

Pada bulan Oktober 2019 yang lalu saya telah menjalani pembedahan yang agak major di bahagian perut dan dada. Maka terdapat luka pembedahan di beberapa tempat dan saiznya juga lebih daripada 10cm setiap satu pembedahan.

Maka selesai sahaja menjalani pembedahan, saya hanya fikirkan bagaimana saya nak menyembuhkan luka dengan cepat. Tidak dinafikan jenuh juga saya mencari apakah suplemen yang terbaik. Ini kerana terdapat banyak suplemen Vitamin C di pasaran dan harganya juga agak mahal.

Ada juga Vitamin C level kualiti yang lebih bagus seperti yang Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri kita sendiri amalkan iaitu jenama Berocca. Tetapi oleh kerana ketika itu saya lebih kepada hendak mencari yang betul-betul boleh bantu untuk penyembuhan luka dalaman dan luka luaran, maka saya memilih Redoxon. Redoxon murah sedikit dan tak sangka rupanya ia berbaloi.

Sumber : Shopee Malaysia

Ketika rawatan di hospital doktor yang merawat ada juga berpesan agar saya tidak mengambil suplemen traditional seperti pati ikan haruan atau gamat. Maka agak buntu Juga nak decide nak ambil suplemen yang bagaimana ketika itu. Mungkin rezeki dan juga atas doa, berkali-kali pula saya terdengar iklan jenama Redoxon ini. Terngiang-ngiang ayat iklan TV dan Radio “Redoxon Double Action”. Rupanya jenama ini memang bagus.

Mengandungi 2 khasiat penting

Vitamin C Redoxon datang dalam size 10 tablet 30, 60 dan 90 tablet. Ada banyak jenama Vitamin C di luar sana tetapi bagi saya Redoxon Double Action Formula berperisa Oren adalah suplemen Vitamin C yang sangat berkesan dan harga paling ok bagi kategori yang sama.

Harga Vitamin C ini cuma dalam lingkungan RM17-20 ringgit sahaja untuk 10 tablet jenis larut air. Kalau and beli jenis 60 tablet harganya akan lebih murah.Cuma saya cadangkan untuk permulaan anda beli yang 10 tablet dulu untuk mencuba. Selepas itu saya pasti anda akan beli dan beli lagi.

Saya gemar Redoxon merana ia didatangkan dalam jenis Effervescent Tablets. Bila dilarutkan didalam air, tablet ini larut segera dan seperti bergas. Bila seluruh tablet telah larut, Redoxon Double Action Oren ini rasanya sangat sedap dan segar. Di ibaratkan seperti minum air bergas yang sihat.

Bagi anda yang tidak pernah mengambil suplemen sebegini, saya 100% recommend. Tapi pastikan anda ambil perisa oren ya. Redoxon ada juga datang dalam beberapa perisa yang lain, tetapi pada saya perasa oren lebih sedap kerana anda akan rasa ibarat benar-benar minum Vitamin C dari buah oren.

Khasiat 2 dalam 1, Vitamin C dan Zinc

Suplemen Redoxon ini ternyata sangat lengkap untuk menyelesaikan masalah saya ketika itu yang ingin segera sembuh, ingin lebih bertenaga dan kuat.

Saya minum 1 tablet setiap hari. Hanya dilarutkan dalam air dan Alhamdullillah saya lebih cepat sembuh berbanding pesakit yang mengalami pembedahan yang sama. Bayangkan saya sudah boleh berjalan dengan stabil dan se-akan tiada pembedahan yang berlaku ke atas saya. Rakan yang lain juga agak terkejut.

Selain doa serta semangat saya hendak bangkit segera dari terlantar di hospital, saya memang yakin dengan kandungan Vitamin C, 1000 mg & Zinc 10 mg yang terdapat dalam Redoxon Double Action ini membantu agar sel sel badan mendapat nutrien secukupnya lalu penyembuhan luka berlaku dengan lebih baik. Bayangkan jika saya tidak mengambil redoxon mungkin saya perlu beli dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan khasiat penyembuhan luka dari Zinc dan Vitamin C sebanyak itu.

Apa kelebihan Vitamin C dan Zinc

Vitamin C memberi ketahanan badan dari penyakit dan anda hanya perlu sebiji tablet sahaja sehari untuk mendapatkan 1,000 mg Vitamin C. Ini jumlah yg cukup untuk badan kita agar Vitamin C boleh bertindak sebagai antioksidan untuk mengelakkan radikal bebas dan membantu meningkatkan perlindungan tubuh dari dalam.

Kebaikan Zinc pula berfungsi melindungi sel-sel di permukaan tubuh (seperti kulit dan saluran pernafasa) dan membantu aktiviti enzim bagi daya tahan tubuh. Zinc yang cukup juga membantu pembentukan kolagen pada kulit kita sekaligus penyembuhan luka. Zinc boleh di dapati dalam pelbagai kekacang, daging, ikan dan makanan seharian kita. Tetapi kadarnya pasti berbeza jika makan tidak seimbang.

Sumber : Image google.com

Apa yang penting suplemen Redoxon ini selamat dan sudah pasti telah menjalani pelbagai ujian dan keberkesanan, setelah menguba nya sendiri saya juga yakin. Kiranya Vitamin C dan Zinc dalam Double Action dapat memberikan perlindungan menyeluruh pada tubuh, untuk berikan kesan penyembuhan segera kerana badan cukup nutrisi.

Zinc juga oentubg membantu sistem pertahanan tubuh yang baik. Ia sangat berfungsi membantu proses penyembuhan luka, proses pertumbuhan, dan juga sebagai antioksidan. Tidak hairanlah jika anda ambil suplemen Redoxon ini dengan disiplin, pasti anda seakan dua hingga tiga kali lebih cepat sihat dan sembuh bsrbanding orang yang tidak mengambil sebarang supplemen. Saya sendiri mengalaminya dan selepas 30 hari pembedahan saya sudah boleh keluar negara jalan-jalan seperti biasa, Alhamdullillah. Saya konsisten mengambil suplemen Redoxon dan minum air dengan banyak.

Jadi jika anda perlukan Vitamin C boleh cuba jenama Redoxon ya. Murah, mudah dan menyihatkan.

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Umum

Previous Post: « Team Building Adventure ke Lata Berembun, Raub Pahang.
Next Post: Resipi Butter Cake ala mak-mak. Gebu dan sedap »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA
  • Database jantung & nadi bisnes anda
  • Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
  • Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
  • Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Recent Comments

  • azneen on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • Alpetito on 5 Idea Best ‘Reward’ Diri
  • Alpetito on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.

Archives

  • September 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Azneen Yahya on the Foodie Pro Theme