Blogging ni suatu perkara yang sangat baru bagi Aneen. Tapi bila dah belajar blogging dan sharing ni Aneen rasa best. Maka mulai hari ini baby baru azneenyahya.com ini menjadi ‘new bestfriend’ selain facebook.

Kebetulan pula, kerjaya Aneen sekarang ini memang memerlukan Aneen selalu update status di laman instagram, whatsapp dan facebook. Selama ini tiga ni dah menjadi medium utama sharing mengenai kehidupan dan aktiviti harian Aneen.
Selepas belajar sedikit sebanyak mengenai blog dalam 2-3 hari ni Aneen punya satu impian yang jelas untuk blog ini. Aneen nak blog ini bakal ramai yang mengikutinya dan Aneen dapat dikenali sebagai insan yang memberi inspirasi kehidupan kepada anda semua.
Aneen bermula dari pengetahuan yang amat sikit di dunia online. Sebelum berada di tahap sekarang ini juga Aneen hanya menjalani rutin harian yang agak sama setiap hari. Kini setelah dua tahun bersama sebuah syarikat yang mengamalkan konsep “Better Life Fun”, Aneen rasa terpanggil untuk focus kepada dunia blogging ini sebagai sebahagian dari rutin baru.
azneenyahya.com ini diharapkan bakal menjadi satu medium sharing yang baru bagi Aneen. Sebelum ini di facebook, instagram Aneen Alhamdullillah, bersyukur sudah menjadi follower dan gemar mengikuti sharing kehidupan dari Aneen. Harapan Aneen agar makin hari makin ramai yang boleh menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim semoga setiap sharing, entri, dan content di dalam blog ini akan berkembang, bertambah impak dan memberi manfaat kepada semua pembacanya.
Manalah tahu, dengan izin-Nya, diri ini Azneen Yahya sendiri bakal menjadi ‘somebody’ insan yang dijadikan rujukan bab makanan, travel, hobi, anak-anak, motivasi diri, kewangan, kehidupan dan lain-lain yang Aneen share. Paling penting semoga blog ini tak jemu-jemu pelawat melawatinya, dan ilmu yang diperolehi melalui blog ini menjadi ilmu yang bermanfaat.
Ajaklah lebih ramai kawan, saudara mara anda ke blog saya ini ya, semoga jumpa lagi.
Aneen akhiri impian blog ini dengan satu quotes “There is only one happiness in this life, to love and to be loved”
azneenyahya.com

Leave a Reply