• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Azneen Yahya

  • Home
  • Hai awak, saya Azneen Yahya
  • Arkib Artikel

Halaman Applikasi Kuiz yang Menyeronokkan di Facebook

11 January 2020 by azneen Leave a Comment

Anda pernah bermain kuiz di facebook? Jika belum pernah hujung minggu sebegini boleh cuba.

Halaman Applikasi Kuiz di facebook ini jika kena cara caranya sebenarnya boleh menceriakan hidup anda. Antaranya applikasi soalan kuiz seperti WOW Quiz, Nametest, LOL, OMG dan banyak lagi. Anda mesti pernah mencuba walaupun sekali kan?

Antara kuiz-kuiz yang menjadi kegemaran rakan muka buku

Apa yang menarik kuiz-kuiz ini mempunyai tajuk yang sangat catchy, kelakar dan kadangkala buat kita tertanya-tanya lalu terjebak sama bermain dan mencuba.

Saya share di sini kerana saya juga pernah beberapa kali terjebak dengan permainan kuiz ini dan yang menariknya jawapan hasil ujian kuiz ini tidak pernah mengecewakan.

Dan yang peliknya sentiasa ada sahaja soalan kuiz yang baru. Rupanya dari bacaan saya, Wow Kuiz ini diupdate setiap hari, patutla ada kawan-kawan kita yang suka bermain kuiz ini. Yang penting kreatif betul pencipta soalan-soalan kuiz ini kan?

Pada saya, sekali sekala bila bermain quiz ini mengingatkan kita betapa istimewanya setiap seorang dari kita (personaliti test). Kadangkala ada yang benar pula. Jadi saya rasa applikasi ini sesuai sebagai hiburan yang membangkitkan semangat.

Contoh jika kita ada banyak azam untuk tahun 2020, soalan-soalan quiz seperti dalam gambar pasti memotivasikan. Jenuh sentap dan anda akan insaf dan terus berbuat sesuatu.

Dapat results ujian sebegini mesti anda bersemangat untuk hari esok!

Walaupun tidak digalakkan sangat untuk selalu bermain kuiz seperti ini kerana ia boleh membaca behavior anda melalui aktiviti facebook anda, namun sekali sekala bermain kuiz-kuiz sebegini boleh hilangkan sedikit stress terutama skali jika anda bermain di malam hujung minggu seperti malam sabtu. Esok kan cuti? Jadi kita chill sekali-sekala bermain kuiz facebook ini.

Jika anda seorang online, pada hujung minggu kita masih nak membuat posting di facebook kan? Anda boleh sekali sekala share secara santai dan post di wall anda hasil quiz WOW ini. Kalau kuiz tu sangat kelakar dan kena dengan anda kadangkala anda boleh membawa crowd baru ke facebook personal anda. Boleh jadi engagement posting anda menjadi lebih baik dan meningkat. Ini pengalaman saya sendiri. Kita try and error sesambil seronok melayan soalan-soalan kuiz-kuiz ini.

Jadi jika ternampak kawan share keputusan kuiz WOW Test mereka anda juga cubalah ya. Suka-suka hilangkan kebosanan atau stress.

Contoh jika azam anda hendak kurus, jika jawapan sebegini mesti anda akan terus rasa tercabar untuk buat sampai jadi. Haha.

Artikel menarik untuk anda:

8 perkara menarik tentang Paris yang anda perlu tahu.

8 perkara menarik tentang Paris yang anda perlu tahu.

Arc De Triumph. Gerbang Paris. Ya Pastikan gamba se-rare ini di Paris! ... Baca selanjutnya »

Staycation di Fraser Residence Hotel KL yang mengujakan.

Staycation di Fraser Residence Hotel KL yang mengujakan.

Kenapa? Teringat throwback maka harini nak review. Hotel ini saya kasi 5 star terbaik dari segi harga, fasikiti & lokasi. ... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Resipi Butter Cake ala mak-mak. Gebu dan sedap
Next Post: Azam baru 2020 masih belum bergerak?Mengapa ada yang ‘ke laut’? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA
  • Database jantung & nadi bisnes anda
  • Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
  • Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
  • Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Recent Comments

  • azneen on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • Alpetito on 5 Idea Best ‘Reward’ Diri
  • Alpetito on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.

Archives

  • September 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Azneen Yahya on the Foodie Pro Theme