Assalamualaikum semua. Lama sis tak bersiaran, fokus dengan ibadah Ramadhan yang 6 hari sahaja lagi. Masha Allah cepat masa berlalu.
Minggu ini masing-masing mula sibukkan diri settle semua kerja yang ada di ofis untuk bersedia balik kampung. Sebagai seornag usahawan pasukan kami lagi sibuk untuk pastikan pesanan-pesanan pelanggan sampai on time.
Ha. sebut pasal on time ni, kadangkala kita selalu terkantoi sendiri. So macammana ya agaknya nak memotivasikan diri? Ha sebenarnya kalau kita down, takde mood kerja ataupun terasa hilang arah tujuan, apa kata gunakan google untuk menaikkan semangat.Macam mane tu? Mungkin anda boleh terus cuba hari ini.

Tipnya begini kawan-kawan. Anda cuma perlu search apa yang anda rasa pada hari atau pagi itu. Contoh kalau anda rasa anda wanita yang tengah down, anda cari je “quotes for women”. Mesti ada banyak yang akan buat anda rasa “aha!”. Aha moment inilah yang kita cari dan akan buat kita terus happy. Lagi contoh katalah anda ada dateline dan rasa stress nak give up. Nah ini ayat untuk anda pagi ini.

Cubalah buat pagi ni. Mesti anda akan jumpa banyak lagi ayat-ayat motivasi yang bakal membantu anda. Yang juga anda boleh tengok terus video motivasi yang google cadangkan berkenaan topik yang anda cari. Kalau anda search guna keyword dalam bahas Inggeris anda akan dapat kata-kata motivasi @quotes yang sangat-sangat best. Untuk video kebiasaannya sis suka video inspirasi dari Be Inspired https://youtu.be/kak8PEl_v1I atau Team Fearless https://youtu.be/hn0Uk4YQv0Q
Bila anda dah jumpe aha! quotes yang anda suka share la ia di laman muka buku. Mesti ada ramai yang juga akan termotivasi dengan ucapan bergamba yang anda kongsikan. Sharing is Caring. Nah sis belanja beberapa quotes yang sis suka.



Leave a Reply