• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Azneen Yahya

  • Home
  • Hai awak, saya Azneen Yahya
  • Arkib Artikel

Database jantung & nadi bisnes anda

4 May 2020 by azneen Leave a Comment

Database atau dikenali sebagai maklumat data pelanggan adalah tools penting, jantung dan nadi setiap bisnes di dunia ini. Pengurusan Database atau Leads ini walau di mana-mana atau apa jua bisnes jika di uruskan dengan bersystem , konsisten dan berkesan bakal meletupkan jualan anda.

Database yang lengkap memudahkan anda membuat statistik, mengkaji dan melihat perkembangan bisnes anda sepanjang anda berniaga. Jika bisnes anda meroket, pasti kerana database anda cantik. Jika bisnes anda stuck, check balik database anda. Jadi database perlu di simpan dan diuruskan dengan baik dan sistematik.

MENYIMPAN DATA PELANGGAN MEMUDAHKAN PENGURUSAN DATA & IKLAN YANG BERKESAN

Kebiasan data pelanggan mengandungi maklumat nama, no telefon, alamat kediaman, alamat email, serta nota atau simple remark mengenai buying power, siapakah pembuat keputusan (decision maker), serta pelbagai lagi maklumat penting berkaitan satu-satu pelanggan.

Dengan mengetahui ciri-ciri ini dengan bersistem akan memudahkan kita membuat iklan yang tepat kepada target market yang di kehendaki. Maka jualan pasti akan mudah berlaku kerana pengiklanan sampai tepat kepada sasaran pelanggan yang benar-benar memerlukan khidmat, servis atau produk yang kita tawarkan.

Bagi anda yang belum ada database yang tersusun, saya kongsikan di sini 3 cara asas dan simple untuk menguruskan database terutama sekali untuk anda yang berniaga online dan bisnes sendiri.

3 Cara Menyusun dan Merekodkan Database

Kategorikan mengikut tahap ‘awareness’ atau berapa banyak pelangan itu tahu mengenai anda, bisnes anda dan produk anda. Kategori ini juga termasuk berapa rapat atau berapa banyak anda tahu mengenai bakal customer ini, contoh lokasi tempat tinggal, jenis pekerjaan, buying power dan ciri-ciri basic pelanggan seperti adakah mereka bujang, berkeluarga, dan sebagainya.

Anda boleh guna method kategorikan customer kepada A, B, C, D untuk setiap kategorikan mereka. Contoh Kategori A untuk pelangan yang high buying power, anda ada hubungan rapat & baik dengan dia. Anda mungkin tahu umur, lokasi, serta segala maklumat menganai customer. B pula bagi pelangan middle buying power, anda baru kenal sedikit mengenai maklumat diri customer. dan seterusnya untuk kategori C dan D.

2. Kategorikan mengikut peratus keinginan membeli. contoh 25% masih samar-samar, belum berminat atau tidak berminat. 50% pula kategori sudah tahu mengenai produk, anda sudah terangkan sepenuhnya tetapi pelanggan hanya 50-50 nak membeli. Seterusnya 70% untuk customer yang sudah nampak ‘sinar’ ingin membeli cuma masih di peringkat masih mempertimbangkan untuk membeli. Kebiasaannya anda boleh tahu dia sudah kategori 70% apaila customer mula bertanyakan banyak soalan seperti “bagaimana nak dapatkan ” ” bagaimana cara bayaran” ” bila saya boleh hantar” dan sebagainya. Bila anda selalu buat dan konsisten anda akan tahu secara semulajadi customer itu aktegori mana maka muda untuk anda membuat follow up yang seterusnya.

3. Kategorikan dalam bentuk sales pipeline. Maksudnya setiap customer yang anda jumpa, approach atau present dan katalah mereka belum bersedia membeli. Customer ini mereka bakal menjadi sumber database untuk sales di bulan-bulan yang akan datang. Contoh katalah anda sekarang membuat panggilan kepada 100 orang dan 20-30 orang daripadanya berminat, anda mesti sekurang-kurangnya perlu mendapatlan kepastian dari bakal customer tentang bilakah tarikh dia rancang untuk memebuat keputusan atau membeli dan rekodkan tarikh atau bulan tersebut di dalam system database anda.

Jadi inilah data yang akan menjadi sales pipeline yang anda tak akan terlepas di masa akan datang. Contoh selepas anda membuat panggilan untuk minggu ini, di dapati ada lebih kurang sejumlah 25 customer yang bakal membeli pada bulan 8 – jadi anda sudah oleh setkan tarikh untuk follow up mereka se-awal minit pertama. Jadi nanti apabila tiba bulan 8, mudah untuk anda. Ketika itu bolehlah and membuat tawaran ‘Promosi Merdeka’. Anda bole hantarkan sms, email atau mesej watsapp untuk memberitahu mereka. Pasti customer ini akan teruja bila anda mengingati mereka dan terus mereka bersedia membeli. Setuju bukan?

Jadi di atas adalah 3 simple basic database management untuk anda yang berniaga. Adalah sangat penting untuk anda mempunyai rekod database. Ia sangat-sangat boleh membantu anda lebih focus, mendapat jualan berterusan, repeat order dan mengelakkan stress. Kesan jangkamasa panjang nya ialah anda akan mudah menjalankan pelbagai promosi yang tepat pada sasaran, pantas menjimatkan masa dan menjana pendapatan jualan yang tinggi.

Semoga sistem database perniagaan anda bakal meroketkan sales dengan jayanya.

Salam Ramadhan ke-11, 4hb May 2020.

Artikel menarik untuk anda:

8 perkara menarik tentang Paris yang anda perlu tahu.

8 perkara menarik tentang Paris yang anda perlu tahu.

Arc De Triumph. Gerbang Paris. Ya Pastikan gamba se-rare ini di Paris! ... Baca selanjutnya »

Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Yes. Ini personal review saya yang pertama kali berada di dalam bilik air Hotel mewah taraf 5 bintang di luar negara. Saya…... Baca selanjutnya »

Azam baru 2020 masih belum bergerak?Mengapa ada yang ‘ke laut’?

Azam baru 2020 masih belum bergerak?Mengapa ada yang ‘ke laut’?

Ramai menulis impian dan azam.. tetapi ada yang sudah mula ke laut. Mengapa? ... Baca selanjutnya »

Nak jadi pengurus atau pemimpin? Khatam dulu seni menjual.

Nak jadi pengurus atau pemimpin? Khatam dulu seni menjual.

Melalui pemerhatian sendiri bekerja dalam pelbagai bidang sejak…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: clients, data pelanggan, database, database pelanggan, iklan, potential, prospect, sales channel, sales funnel, sales pipeline, suspects

Previous Post: « Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
Next Post: 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA
  • Database jantung & nadi bisnes anda
  • Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
  • Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
  • Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Recent Comments

  • azneen on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • Alpetito on 5 Idea Best ‘Reward’ Diri
  • Alpetito on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.

Archives

  • September 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Azneen Yahya on the Foodie Pro Theme