• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Azneen Yahya

  • Home
  • Hai awak, saya Azneen Yahya
  • Arkib Artikel

Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.

21 March 2019 by azneen 2 Comments

Anda Dah gaji? Ha, bila hari gaji ni masing-masing ada perasaan bunga-bunga lebih. kadangkala bila dapat extra bonus ke gaji lebih sikit sebenarnya ada perasaan lupa diri kan? Tak kiralah anda bergaji besar atau kecil, perasaan gembira pada hari gaji mestilah ada kan? Setimpal tak setimpal itu belakang kira , yang penting kita dapat gaji kita. Hari gaji adalah hari yang dinanti-nanti setelah bekerja menyara diri dan famili.

Tapi hati-hati ya. Ini kerana sebenarnya ramai yang tak perasan, jika anda tidak membuat langkah membahagikan gaji yang diperolehi seawal minit pertama gaji itu masuk ke akaun bank anda, anda mungkin menjurus ke arah kebocoran wang.

Dan jika anda memang seorang yang tidak pernah menabung atau anda ada cuba menabung, tetapi tak pernah konsisten, tabiat dan amalan mengasingkan gaji anda kepada 6 tabung ini pasti akan membantu.

Jika anda belum pernah amalkan secara konsisten, cuba bermula harini. Amaran awal…Jangan terkejut nanti jika anda sudah tidak mengalami kebocoran wang. Saya sendiri sudah mencubanya selama lebih kurang setahun, dan Alhamdullillah. Dari tiada simpanan, kini kalau tak simpan rasa macam sehari tak makan. Lapar nak menabung. Pelik kan?

Ya, tips ini adalah amalan 6 tabung bagi mengelakkan kita dari kebocoran wang, malah terasa hidup makin aman, dan rezeki gaji pula semakin bertambah.

Tips ini saya pelajari melalui mentor saya dan beliau dapat tips ini dari program IMKK oleh Dr Azizan Osman (Pakar Motivasi yang melahirkan ramai Jutawan). Dari saat mula-mula saya start mengikuti cara pembahagian 6 tabung ini so far, Insha Allah sangat mujarab bagi mengelakkan wang dan poket bocor. Tips ini jika amalkan bakal membantu anda keluar dari kemelut kewangan bulanan, melainkan anda sendiri lah yang tak jujur mengamalkan.

Yang benar-benar follow Insha Allah akan mula merasai nikmat wang simpanan dan membeli segala keinginan. Menarik bukan?

Jadi jom kita mulakan.

Langkah pertama wajib kira dahulu jumlah gaji bersih yang masuk ke dalam akaun bank. Jangan keluarkan walaupun seringgit bila nampak jumlah gaji tu sebelum anda betul-betul bahagikan ikut tabung berikut:

1. Tabung FFA – Financial Freedom Account (10%) – tabung ini khas untuk simpanan tetap yang anda janji takkan sekali-kali gunakan. Anda kena buat-buat tak nampak anda ada allocation 10% gaji anda tu. Jika gaji RM3500, maka simpan RM350 dan jangan cuba-cuba nak guna. Biar dia semakin bertambah dan bertambah. Sifu nasihatkan simpan dalam ASB, Fix Deposit atau Account bank tanpa kad.

2. Tabung Charity (5%) – Tabung ini wajib, jika anda amalkan Insha Allah gaji bertambah berkat. Bahagikan jumlah 5% daripada gaji ini kepada 2 bahagian iaitu 2.5% daripadanya untuk anda membayar Zakat, dan 2.5% lagi untuk disedekahkan.

Saya bagi contoh, katalah gaji kita RM3500 tadi, maka hanya RM175 sahaja perlu di sediakan untuk charity. Kita zakatkan RM87.50 (2.5%) dan baki RM87.50 lagi bolehlah digunakan untuk bersedekah setiap hari selama 30 hari atau dibahagikan setiap minggu untuk di dermakan pada hari Jumaat.

Anda cuba buat dan lihat. Di sinilah keberkatan rezeki dan kebocoran gaji itu dapat dikurangkan. Lebih disiplin anda di bahagian mensucikan gaji ini maka anda tunggu dan lihat. Gaji anda semakin berkat dan gaji meningkat. Insha Allah.

3. Tabung Necessity (55%) – Ha ini la sebenarnya bahagian gaji anda untuk membayar kereta, rumah, beri pada ibubapa, makan minum pakaian dan segala necessity untuk kelangsungan hidup. Setelah anda dah asingkan 2 tabung permulaan di atas Charity) barulah start guna nak bayar segala komitment dan pelbagai keperluan anda selama sebulan ini. Dan wajib hanya guna hanya amaun yang ada dalam alokasi 55% ini dari gaji anda ini.

Jika anda dah buat kira-kira dan dapati komitmen bulanan anda sudah melebihi 55% maka ini adalah signal gaji anda sekarang tidak mencukupi.
Contohnya gaji RM3500 tetapi komitmen bulanan adalah RM2800 maka anda perlu cepat-cepat berusah lebih gigih naik pangkat gaji yang lebih besar, ataupun kurangkan kos perbelanjaan dan sara hidup, atau anda harus pertimbangkan untuk buat pekerjaan part time untuk tambah income.

Ini maksudnya anda perlu fikirkan cara agar anda boleh menambah pendapatan anda untuk membayar komitmen. Kalau komitmen anda sama dengan gaji anda, sebab itu anda takkan dapat menyimpan dan sentiasa stress. Cuba kira sekarang, contoh pembayaran kereta, umah, yuran sekolah taska, duit minyak, duit tol, duit makan-minum, shopping dan semua bil-bil dan segala komitmen yang ada termasuk hutang.

  • Bayangkan anda bekerja tapi gaji tak pernah cukup. Anak-anak tetap kita kena utamakan. jadi buat Tabung dengan segera.

4. Tabung Education (10%) -Ya, ramai antara kita yang tidak pernah nak simpan duit untuk tambah ilmu didada. Tabung ini boleh buat anda berpeluang join kursus motivasi kewangan, hartanah atau memburu impian. Investlah untuk menambah ilmu untuk diri kita sendiri. Anda boleh join kelas-kelas berbayar contoh kelas masakan ke atau kelas mengaji Al-Quran bersama Neelofa atau apa sahaja yang berbayar. Jadi untuk hal ilmiah gunakanlah wang dari tabung ini.

5. Tabung Fun (10%) – Yes. At last ada juga duit untuk bersuka ria. Mesti ada kawan-kawan. Inilah bahagian gajin untuk anda reward diri. Kalau gaji RM3500, bolehlah anda habiskan dan guna sebanyak RM350. DENGAN RM350 ini berbahagialah anda mungkin nak belanja diri sendiri tidur Hotel 5 bintang bersama famili semalaman. Rasa fun dan bahagia bukan? Jadi kalau anda bergaji lebih, maka tabung Fun ini ada lebih boleh siap belanja makan dan shopping sakan!

6. Tabung LTSS(10%) -(Long Term Saving Spending) – Aha ini adalah tabung wang yang diasingkan untuk tujuan belian kehendak kita. Contoh ingin membeli beg tangan mewah, jam tangan, set periuk dapur cantik, pinggan mangkuk Corelle atau Tefal, atau unruk renovate rumah. KI=iranya inilah tabung impian anda. kumpul sikit-sikit lama lama jadi bukit. Boleh la nanti nak beli tanah atau kereta dan sebagainya. Tipsnya selagi belum cukup jumlah hasil tabungan ini anda kene delay sebentar kehendak yang memberontak itu.

Contoh jika gaji RM3500 adan cuma ada RM350 sahaja untuk tabung ini. Kalau beg tangan berharga RM1200, maka bersabar dan kumpul sehingga cukup. Bila cukup boleh habiskan tabung ini. Kemudian bina impian baru dan kumpul lagi. Bayangkan berapa banyak impian anda kecapi dengan tabung ini. Tak usik simpanan, tak usik komitmen. Best kan?

Nah sekarang anda nampak jelas kan? Apa kata kita mulakan hari ini. Now or never bak kata orang kampung saya di New Zealand.

Selamat mencuba.

Artikel menarik untuk anda:

Countdown Tabung Hari Raya 2020

Countdown Tabung Hari Raya 2020

Tahukah anda kita hanya ada 4 kali gaji sahaja lagi untuk menyimpan sedikit gaji bagi persiapan Hari Raya 2020? Ya masanya sudah…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Nak jadi pengurus atau pemimpin? Khatam dulu seni menjual.
Next Post: 5 Idea Best ‘Reward’ Diri »

Reader Interactions

Comments

  1. Alpetito

    22 March 2019 at 12:09 am

    Info yang menarik, terbaik aneen
    Alpetito recently posted…Pengalaman di Nur Lembah Resort Pangsun, Hulu LangatMy Profile

    Reply
    • azneen

      20 April 2019 at 12:19 am

      terima kasih sis Ayu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA
  • Database jantung & nadi bisnes anda
  • Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
  • Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
  • Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Recent Comments

  • azneen on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • Alpetito on 5 Idea Best ‘Reward’ Diri
  • Alpetito on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.

Archives

  • September 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Azneen Yahya on the Foodie Pro Theme