• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Azneen Yahya

  • Home
  • Hai awak, saya Azneen Yahya
  • Arkib Artikel

Cikgu Mengajar Murid Belajar

6 January 2020 by azneen Leave a Comment

Deep kalau baca beberapa kali maksud pesanan ini. Ini pesanan bapak ku sebelum meninggalkan cucu-cucunya. Kebetulan atuk mereka turun ke Kuala Lumpur hujung minggu lalu menyambut harijadi ku, anak sulung beliau yang ke 40 tahun.

Sengaja sis mencuri dengar sedang bapakku memberi nasihat sempena musim sekolah kepada cucunya yang baru sahaja bermula 2 Januari 2020 yang lalu.

Beliau pesan, “Cikgu mengajar, murid belajar. Kalau murid belajar, mesti dapat results” Ha! Padat, padu dan tepat sekali nasihat seorang bekas Guru Besar Tuan Hj Yahya Abu Arshad.

Anak-anakku mengangguk sahaja tanda setuju dan faham. Atuk mereka juga pesan, setiap harini, setiap minggu, kita sepatutnya makin pandai. Jadi tahun ini 2020, kalau betul-betul belajar mesti makin hebat dari sebelum ini dan tak mungkin merosot. Kalau merosot maksudnya pergi sekolah ke pergi bermain? Deep kan kata-kata beliau?


Hari ini aku terpanggil untuk share kata-kata hikmah ini kerana kebetulan baru sahaja selepas maghrib tadi, aku dipuji pula oleh beberapa teman karibku yang agak kagum bila mereka mengetahui aku menulis blog.

Terus teringat rasa berdosa pula tak dengar cakap cikgu yang mengajar aku buat blog ini. Terus insaf dan rasa tersentap sekejap kenapa saya tidak menurut perintah dan ikut cakap cikgu untuk terus istiqomah dalam menulis tahun lepas. Ampunkan saya cikgu, murid sorang ni seorang Azneen Yahya jadi alpha, lupa dan malas menulis atas kesibukan kerja. Padahal bila mula menulis semula dan dengar serta ikut sahaja arahan cikgu, baru seminggu menulis di blog ini dah ada results!

Maka benarlah pesan bapakku tadi. Cikgu tugas dia mengajar, yang belajar tu, anak murid tu boleh tak focus?Jangan banyak alasan tapi buat je apa pesan cikgu? Sebabnya cikgu berpengalaman, dan niat mereka nak kita berjaya. Begitulah. Haha, bila baca balik apa yang saya tulis di atas ini. Masih tergelak sendiri atas kedegilan dan kehilafan. Ha! Tak dengar lagi cakap cikgu! Bila terkena batang hidung sendiri baru nak insof kan.

Saya harap Cikgu @ Sifu blog saya ini memaafkan kelalaian dan ketidak- istiqomahan anak murid beliau terutama sekali saya. Saya sayang cikgu.

Kini saya nekad, akan cuba jadi murid yang baik kerana itu tugas saya. Terima kasih Cikgu! Terima kasih bapakku.

Salam Selamat Malam 6 Januari 2020

Artikel menarik untuk anda:

Impianku

Impianku

Blogging ni suatu perkara yang sangat baru bagi Aneen. Tapi bila dah belajar blogging dan sharing ni Aneen rasa best. Maka mulai…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « Neelofa, tinggalkan MeleTOP di Astro
Next Post: Team Building Adventure ke Lata Berembun, Raub Pahang. »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA
  • Database jantung & nadi bisnes anda
  • Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
  • Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
  • Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Recent Comments

  • azneen on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • Alpetito on 5 Idea Best ‘Reward’ Diri
  • Alpetito on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.

Archives

  • September 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Azneen Yahya on the Foodie Pro Theme