Anda mesti pernah dengar antara cara-cara menangani stress ialah dengan membuat aktiviti yang menggembirakan hari anda kan?
Tetapi tahukah anda cara terbaik yang pasti akan membuat anda hilang stress ialah bila anda selalu membuat aktiviti menarik dan menggembirakan bersama kawan baik, best-friend atau best friend forever (BFF) anda. Setuju?
Saya setuju kerana BFF kita atau saya suka gelarkan mereka ‘besties’, mereka ni memang boleh menghilangkan stress. Samada stress bekerja, stress dengan keluarga atau stress-stress kehidupan yang lain. Apa tidaknya, hanya pada best friend kitalah tempat nak meluahkan dan meringankan segala stress kehidupan. Ini kerana mereka ini selalunya adalah pendengar yang setia dan insan yang paling dipercayai dan memahami kita luar dalam.
Dan mereka selalunya adalah kawan baik anda sejak bertahun-tahun lamanya. Ceritalah dan luahkanlah apa sahaja, besties akan sangat-sangat boleh memahami bila kita rasa down, sedih, happy, teruja, ada berita gembira, atau berita tergempar. Dan paling penting mereka inilah yang best bila keluar bersama.
Saya sendiri ada besties dan mereka ini sudah menjadi bestfriend saya sejak saya berumur 7 tahun. Ya, saya ada bestfriend yang masih kekal sejak kami darjah 1 lagi. Yang lain-lain saya kenali mereka sejak di Tingkatan 4 lagi. Maka kami sudah kenal hati budi masing-masing hampir 30 tahun! Wahhh lamanya kan?


Kelebihan bila kita ada best friend terutama sekali bila best friends kita dalam 3-4 orang, banyak aktiviti menarik dapat di buat bersama-sama dan pasti menjadi memori indah yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan bersama besties ialah :
Lepak makan hujung minggu
Anda pasti akan hilang stress sebab anda dapat lepak berbual dan catch up each other di tempat-tempat makan menarik. Contoh kami pernah pergi ke Helipad Tower di Kuala Lumpur. Bergambar di atas banggunan tinggi berlatar belakangkan banggunan KLCC. Fuhh! Gempak tau. Lepak makan sedap, gelak-gelak dan selfie!
Menginap di Hotel Mewah 5 Star yang di idamkan
Buatlah 2 days 1 night Girls Day Out atau Guys Day Out. Bila ada besties kita kongsi-kongsi share harga bilik penginapan mahal. Baru boleh merasa kan? Anda menang boleh hilangkan stress kerana dapat tidur di hotel mewah. Dengan adanya besties, menginap di hotel taraf 5 bintang dengan bayaran RM1800-2000 semalam pun takde hal. Ini kerana kita boleh kongsi-kongsi dan seorang bayar cuma RM400 berbanding kena bayar sedebuk RM1800 jika pergi sesorang kan?


Aktiviti berjogging, panjat bukit, atau riadah bersama BFF
Ini paling bagus. Sambil-sambil berbual mengenai kehidupan, kerja atau apa sahaja, masing-masing boleh buat aktiviti menyihatkan badan ini kerana confirm akan hilang stress. Ini amalan yang paling berkesaan menangani stress. Lepas jogging lepak minum mamak!
Potluck atau Makan di rumah BFF
Ya. Inilah masanya masing-masing boleh tunjuk skil memasak. Setiap dari besties kita pasti akan ada resipi dan masakan kegemaran mereka. So bila ada potluck pasti akan lebih meriah dan hilangkan kebosanan atau stress anda.
Travel ke Luar Negara atau Ke Pulau-Pulau
Ha ini aktiviti yang pasti akan buat anda lebih sayangkan besties anda. Ini kerana bila Travel aura nya lain macam tau. Kita akan menjadi bahagia, happy dan sudah pasti tiada stress! Yang penting bila pergi beramai-ramai kita boleh berjemaah praktis kumpul duit dan berjimat semata-mata untuk memastikan agenda nak pergi travel ini menjadi kenyataan. Masing-masing letak dalam dreamboard, 1001 impian 2020, barulah bersemangat. Paling best kalau boleh travel dan have fun ini boleh di buat bersama 2-3 kali setahun. Mesti anda hidup dengan work life balance yang baik.

Sebenarnya bila kita ada besties hidup kita akan sentiasa ceria. Di tambah pula dengan adanya group whatsapp, sebenarnya bila ada best friends anda yang stress pun boleh tenang kerana sentiasa ada kawan yang buat kita beralih sebentar dari stress.
Untuk awal-awal tahun ni elok kita buat special perjumpaan, adakan jamuan kecil dan bertukar-tukar hadiah! Haa pasti semua teruja, lebih menghargai satu sama lain dan bersemangat untuk mengharungi 2020 bersama. Ayuh, jika anda ada best friend plan aktiviti seperti di atas agar life anda lebih ceria!
Saya dan besties saya kami tahun ini nak ke Greece. Tak sabarnya rasa. Dan kami dah mulakan langkah menabung agar semua sampai ke Greece untuk Travel Luar Negara kami sebagai bestfriend yang pertama!
Hai Shaz, Jnab, Shina dan Shan! You gals are my best friends. Best Friends till Jannah!

Leave a Reply