• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Azneen Yahya

  • Home
  • Hai awak, saya Azneen Yahya
  • Arkib Artikel

Belanda dan Belgium dua negara berbeza

11 April 2019 by azneen Leave a Comment

Belgium dan Belanda ni kalau anda baca di google dan pergi melawat boleh dikira macam adik-beradiklah. Keduanya merupakan antara 2 negara terkenal untuk pelancongan dalam 28 negara kesatuan Eropah. Belanda lebih dikenali sebagai Holland atau Netherlands manakala Belgium terkenal dengan satu nama sahaja Belgium. Maka adalah dua negata yang berbeza. Saya pun mula-mula keliru. Amsterdam adalah ibu negeri Belanda, dan Brussels, ibu negeri Belgium.

  • Amsterdam, Belanda.
  • Brussels, Belgium

Kedua-dua negara Kesatuan Eropah (European Union) ni jika anda berkesempatan pergi amatlah unik keduanya termasuklah boleh merasa perbezaan landskap dan ciri-ciri banggunan-banggunannya. Ada sedikit persamaan tetapi feeling dia berbeza kalau anda singgah kedua-dua negara. Belanda lebih traditional manakala Belgium lebih banyak banggunan moden.

Belgium syurga Coklat dan Waffle, Belanda Syurga Pemandangan.

Pada saya kedua-duanya tempat unik, menarik dan wajib di lawati. Jika anda sukakan nature, boleh lepak lama sedikit di Belanda. Cantik dan sangat-sangat indah. Kemudian saya cadangkan seperti itenary trip yang kami pergi, boleh luangkan sehari melawat Brussels, Belgium untuk menikmati pemandangan banggunan iconik di sana dan wajib cuba coklat Belgium yang luarbiasa sedapnya dan desert waffle yang sangat sedap.

Waffle panas-panas garing dan sedap.

5 perkara unik tentang Belanda @ Holland @ Netherlands yang menarik untuk anda tahu

  1. Di Belanda, pengangkutan utama ialah basikal. Kerajaan mereka sangat menggalakkan penggunaan basikal. Namun hati-hati yer jika anda ke Amsterdam ibu negeri Belanda ini terutama skali bila sibuk bergambar, pastikan anda tidak terlanggar penunggang basikal atau dilanggar oleh mereka. Silap langkah anda boleh dikenakan denda 350 Euro bersamaan RM1650 tau! Jadi kaki-kaki selfie dinasihatkan andal kalau nak bergambar tu hati-hati ya.
  2. Di Belanda ni susah anda nak jumpe Cathedral atau Church. Mereka mengamalkan free thinking, jadi susah sikit nak nampak banggunan keagamaan. Bukan itu jer, ada banyak juga perkara yang di larang/haram bagi agama lain tetapi legal (dibenarkan) disini. Mereka terkenal dengan masyarakat yang berfikiran terbuka. Tak hairanlah Belanda juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
  3. Hubungan sesama jantina, gay lesbian juga di benarkan secara terbuka di sini. Malah jangan terkejut di sini dibenarkan sama sekali perkahwinan sesama jantina. Tour guide kata the ‘happiest place’ on earth sebab semua pun boleh 😅
    Mereka sanga berfikiran liberal.
  4. Pelacuran juga adalah satu industri yang dibenarkan disini. Nak lebih jelas lagi, book masa lebih kurang jam 9 malam dan pergi ke area Red Light District ya. Anda yang adventures boleh lah lihat secara terbuka cara pekerja seks ini mendapatkan pelanggan. Culture shock sekejap. Chop Dam Square untuk berjalan malam ya.
  5. Belanda ada design rumah dan banggunan yang unik. Antara tempat wajib pergi di Belanda ialah Volendam, Zaanse Shancs dan Keukenhof. 3 tempat ni wajib, saya boleh gerenti semua gambar akan nampak cantik walaupun menggunakan kamera biasa-biasa, Malah bila bergambar pun anda akan kelihatan lighting on point! Kalau yang kaki fotografi tudi sini lah syurga anda. Perfect nature shots!
  • Simbol Belanda@ Holland kincir angin
  • Simbol Belanda juga Tulip
  • Bergambar dengan latarbelakang nature, nampak natural kan?

Ok dah jom. Kita nanti kita sambung cerita mengenai hotel-hotel menarik di negara dua beradik ni pula nanti ya.

Artikel menarik untuk anda:

8 perkara menarik tentang Paris yang anda perlu tahu.

8 perkara menarik tentang Paris yang anda perlu tahu.

Arc De Triumph. Gerbang Paris. Ya Pastikan gamba se-rare ini di Paris! ... Baca selanjutnya »

Mimpi jadi Realiti

Mimpi jadi Realiti

Ketika menulis ni sis berada didalam penerbangan ke destinasi impian. Kali pertama impian jadi nyata ke 3 buah negara Eropah iaitu Perancis,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum

Previous Post: « 8 perkara menarik tentang Paris yang anda perlu tahu.
Next Post: Kentang goreng @fries legakan stress? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • 1 SEPTEMBER 2020 -HARI PERTAMA UNTUK MULAKAN SEMULA
  • Database jantung & nadi bisnes anda
  • Resipi Puding Caramel- 4 bahan yang simple sedap gebu gebas
  • Ramadhan Pertama Tanpa Solat Terawih di Masjid Ramadhan, 1441H
  • Bilik Air Hotel St Regis Dubai boleh buat anda mandi lebih sejam

Recent Comments

  • azneen on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • Alpetito on 5 Idea Best ‘Reward’ Diri
  • Alpetito on Dah Gaji ? Asingkan 6 tabung elak Gaji itu Bocor.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.
  • azneen on Bersyukur, dan dapat lebih lagi.

Archives

  • September 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Azneen Yahya on the Foodie Pro Theme